




Boleh. Luka bernanah perlu diperiksa terlebih dahulu untuk melihat keadaan luka dan tanda-tanda jangkitan. Doktor akan menentukan rawatan dan dressing yang sesuai berdasarkan keadaan luka anda. Jika jangkitan nampak serius atau memerlukan rawatan lanjut, doktor mungkin akan mencadangkan anda ke hospital.
Kekerapan dressing bergantung kepada keadaan luka, tahap penyembuhan dan nasihat doktor. Ada luka yang memerlukan dressing lebih kerap, manakala luka yang semakin baik mungkin memerlukan lawatan yang lebih jarang. Doktor akan beritahu jadual follow-up yang sesuai selepas pemeriksaan.
Sesetengah pesakit mungkin rasa sedikit tidak selesa, terutama apabila dressing lama dibuka atau kawasan luka sangat sensitif. Tahap ketidakselesaan bergantung kepada jenis dan keadaan luka. Kami akan cuba melakukan proses dressing dengan berhati-hati dan mengikut keadaan luka anda.
Tempoh penyembuhan berbeza untuk setiap orang. Ia bergantung kepada jenis luka, saiz dan kedalaman luka, tahap jangkitan, keadaan kesihatan serta penjagaan selepas dressing. Luka diabetes, contohnya, mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding luka kecil biasa.
Ya, boleh. Luka selepas pembedahan boleh diperiksa dan dibuat dressing mengikut keadaan luka serta arahan doktor yang merawat. Jika anda mempunyai arahan khusus daripada hospital atau surgeon, bawa bersama semasa datang untuk memudahkan pemeriksaan.
Boleh cuba walk-in, tertakluk kepada keadaan dan kapasiti klinik pada waktu tersebut. Untuk lebih mudah, anda digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu melalui WhatsApp atau telefon supaya kami boleh bantu semak waktu yang sesuai.

