Batuk boleh berlaku kerana kahak, jangkitan virus atau alahan. Ada batuk kering, ada batuk berkahak, dan setiap jenis perlukan rawatan berbeza. Kami akan dengar paru-paru, lihat tekak, dan beri ubat yang sesuai. Jika hidung tersumbat atau lendir banyak, rawatan tambahan seperti nebuliser boleh membantu.
Demam adalah cara badan melawan jangkitan, tetapi jika berlangsung lama ia boleh buat badan lemah dan dehidrasi. Pemeriksaan akan membantu menentukan sama ada demam disebabkan virus biasa, denggi, influenza atau jangkitan lain. Kami akan beri ubat, pantau suhu dan nasihat penjagaan di rumah.
Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan (dehydration), terutama pada kanak-kanak. Rawatan termasuk ubat muntah, ubat cirit, oral rehydration salt dan jika badan terlalu lemah, IV drip untuk pulihkan tenaga dan cecair. Doktor juga akan pastikan tidak berlaku jangkitan perut yang lebih serius.
Perut pedih, rasa loya, kembung atau sendawa berlebihan boleh berpunca dari asid gastrik berlebihan, pola makan atau stress. Rawatan termasuk ubat untuk mengurangkan asid, melegakan perut dan nasihat pemilihan makanan yang betul untuk elakkan berulang.
Jika anda selalu pening, mata cepat penat atau penglihatan kabur, pemeriksaan mata dapat menentukan sama ada masalah berpunca daripada rabun, silau atau lain-lain. Rawatan seperti cucian mata menggunakan larutan steril dan ubat titis turut disediakan bagi mengurangkan iritasi, kemerahan atau bengkak.
Kulit adalah organ yang sensitif. Eczema, ruam dan jangkitan kulat sering berlaku kerana cuaca, alergi atau imuniti kulit yang lemah. Kami akan nilai jenis kulit dan tekstur ruam terlebih dahulu. Ubat akan diberikan mengikut punca, bukan sekadar bedak atau sapuan biasa.